Toyota Corolla
Toyota Corolla

Toyota Corolla

Toyota Corolla adalah kereta jenis sedan kompak yang dihasilkan oleh Toyota. Diperkenalkan tahun 1966, menjadi kereta terlaris di dunia sejak 1974, dengan jualan lebih daripada 40 juta unit tahun 2013. Tahun 1997, Corolla menjadi model kereta terlaris sedunia melampaui Volkswagen Beetle. Corolla tidak hanya dihasilkan di Jepun , tetapi juga di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan, Thailand, Inggeris, Turki, serta beberapa negara lain.Corolla dilengkapi enjin 4-silinder petrol dan di Jepun serta Eropah juga dipasarkan dengan enjin diesel. Bentuk body Corolla yang paling umum adalah sedan 4-pintu. Model body lain yang disediakan adalah Station wagon, dan Hatchback 3 dan 5 pintu. Model sport berbentuk Coupe 2-pintu pernah dihasilkan dari tahun 1970-an hingga 1999 dengan nama Corolla Levin dan Sprinter Trueno. Pada tahun 1980-an, Levin dan Trueno juga didapati dalam bentuk Liftback 3-pintu.Pesaing Corolla yang utama adalah Honda Civic, Nissan Sunny atau Sentra, Mitsubishi Lancer, Mazda 323 yang kemudian digantikan oleh Mazda3, dan Subaru Impreza.